INFO

Satu-satunya perkara yang menjadi penghalang antara anda dan sesuatu penyakit biasa seperti selsema atau lebih serious seperti kanser, atau jangkitan virus seperti SARS ialah sistem imun badan kita. apabila sesuatu virus menyerang para pelajar dalam satu bilik darjah, mengapakah hanya separuh sahaja jatuh sakit dan yang separuh lagi masih sihat? jawabnya bukan kerana virus itu sendiri, tetapi kerana kekuatan sistem imun. ataupun dalam kata lain, mereka mempunyai penentangan yang lebih kuat.

sistem imun yang baik untuk semua
secara ringkas, sistem imun menggabungkan seluruh gerak balas badan terhadap penyakit. sistem imun anda sentiasa mencari-cari dan menggeledah badan untuk menangkap apa jua yang dianggap "bukan diri". apa sahaja "bukan diri" dianggap sebagai penceroboh dan akan dimusnahkan. bukan diri lazimnya ialah bakteria, virus, sel kanser, fungus atau lain-lain mikroorganisma.

apabila para penceroboh, baik bakteria, virus, fungus mahupun protozoa, bergerak masuk untuk menyerang badan anda, maka masalah akan timbul. para penceroboh ini akan bertembung dengan dengan satu pasukan pembunuh, iaitu sistem imun anda. sel-sel pejuang ini dikawal dan diarah oleh berpuluh-puluh biokimia yang hebat-hebat belaka. peperangan berteknologi tinggi ini mestilah diselaraskan dengan kepakaran dan kejituan yang tingi. sebarang kegendalaan di mana-mana bahagian dalam sistem boleh mendatangkan malapetaka. jika sesuatu agen pembawa penyakit atau sel yang tidak normal dapat menewaskan sistem imun, maka jangkitan akan berlaku.